PELUANG MEMENANGI HADIAH DENGAN DAFTAR EZAKAT ONLINE

0
501

SHAH ALAM, 1 September 2015 – Orang ramai masih berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai Kempen Daftar eZakat Online (eZO) yang sedang berlangsung bermula dari 18 Jun hingga 18 November ini.

Kempen ini bertujuan menggalakkan pengeluar zakat untuk mendaftar di eZakat Online bagi membolehkan mereka menyemak maklumat bayaran zakat sepanjang tahun, mengemas kini maklumat individu, mencetak penyata zakat dan menunaikan zakat melalui e-zakatpay.

Melalui kempen ini, mereka yang mendaftar di eZakat Online dan menunaikan zakat harta atau fitrah secara talian sepanjang tempoh kempen berlangsung, berpeluang memenangi hadiah bulanan bernilai RM500 secara e-cabutan. Pemenang akan dipilih melalui tiga kali e-cabutan bulanan sebelum kemuncak kempen eZakat Online ini.

Print

Ia menawarkan hadiah utama berupa pakej umrah, di samping hadiah pakej pelancongan bagi pemenang tempat pertama dan kedua serta gajet untuk pemenang tempat ketiga. Manakala hadiah saguhati turut disediakan kepada 30 pemenang lain.

Nor Farah Hidayah Ramlan telah diumumkan sebagai pemenang bagi cabutan bulanan pertama dan memenangi baucer bernilai RM500. Peserta lain juga masih berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan ini memandangkan ada dua lagi ecabutan bulanan yang akan dibuat sebelum kemuncak kempen eZO ini. Bagi mereka yang ingin menyertai kempen ini boleh layari www.zakatselangor.com.my/ezo.