PORTAL PRA-PENDAFTARAN ASNAF
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

 

PENGENALAN

Portal ini disediakan bagi membolehkan LZS membuat saringan awal ke atas individu yang terjejas akibat pelbagai musibah yang dialami. Individu yang terjejas merangkumi individu yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan akibat perniagaan terjejas, diarah cuti tanpa gaji dan individu yang terlibat dalam pemotongan gaji secara bulanan.

 

SYARAT-SYARAT

Sila pastikan anda memenuhi syarat umum kelayakan seperti yang berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia atau Pemastautin tetap.
  3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun.


Anda diminta melengkapkan maklumat di dalam portal ini serta memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan bagi menyokong permohonan ini.

Dokumen utama yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:-

  1. Salinan Mykad / Kad Islam (jika muallaf) pemohon.
  2. Salinan Mykad / Mykid / Kad Islam (jika muallaf) suami / isteri / tanggungan.
  3. Pengesahan berhenti / cuti tanpa gaji / pemotongan gaji bulanan / hilang pendapatan (jika berniaga).
  4. Slip gaji / salinan pendaftaran perniagaan SSM (jika berniaga).
  5. Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank.
  6. Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja).

Dokumen lain yang perlu (jika ada / berkenaan):-

  1. Salinan sijil nikah / pengesahan berkahwin.
  2. Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).
  3. Salinan resit bayaran taska/transit atau Borang Pengesahan Jagaan Anak/ tanggungan (12 tahun ke bawah).


INFO : Maklumat di dalam portal ini akan digunakan semasa sesi temubual bersama pihak Lembaga Zakat Selangor.