Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2023

Utama Penyambungan Sewa Rumah Asnaf 2023

PENGENALAN

Proses pengesahan penyambungan bantuan sewa rumah asnaf fakir, miskin dan muallaf Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menerusi kaedah pengesahan dan semakan profil asnaf secara atas talian.

OBJEKTIF

  1. Mengurangkan pergerakan fizikal asnaf dan limitasi penggunaan borang secara fizikal
  2. Pengurusan yang lebih sistematik dan lebih berkesan selaras dengan situasi semasa
  3. Merancang, menyelaras dan mengurus proses penyambungan sewa rumah dengan lebih efisyen.
  4. Proses semakan dan pengesahan dapat dipertingkatkan dan dilaksanakan secara terus di peringkat operasi daerah.
    1. SITUASI PENGESAHAN PENYAMBUNGAN SEWA RUMAH SECARA ATAS TALIAN

      1. Saya masih tinggal di rumah yang sama. Tiada sebarang perubahan : PERLU DOKUMEN SOKONGAN MINIMA.
      2. Saya masih tinggal di rumah yang sama tetapi mempunyai perubahan maklumat berkenaan sewa seperti kaedah pembayaran atau pertukaran no. akaun tuan rumah atau kadar sewaan bulanan rumah sewa : PERLU DOKUMEN SOKONGAN UTAMA.
      3. Saya sudah berpindah rumah/sewaan baru seperti mendapat rumah sewaan baru atau rumah sewaan sama tetapi bertukar pemilik : PERLU DOKUMEN SOKONGAN UTAMA.
        1. KEPERLUAN DOKUMEN

          1. Dokumen MINIMA hanya diperlukan sekiranya pemohon masih menginap di rumah yang sama dan TIADA mempunyai perubahan maklumat sewa rumah; Salinan perjanjian sewa rumah/ dokumen yang berkaitan dengan pemilik bilik/rumah sewa.
          2. Dokumen SOKONGAN UTAMA yang diperlukan adalah:
            - Salinan perjanjian sewa rumah/ dokumen yang berkaitan dengan pemilik bilik/rumah sewa.
            - Salinan kad pengenalan pemilik rumah/Salinan dokumen sewa rumah.
            - Salinan butiran akaun bank pemilik rumah.
            - Salinan bil utiliti (Elektrik/ cukai/ air) rumah yang disewakan.

SOALAN LAZIM

Penyambungan bantuan sewa rumah adalah proses kemaskini maklumat sewaan rumah asnaf bagi tahun 2023 merangkumi perkara berikut

  1. Kadar sewaan semasa
  2. Maklumat pemilik rumah
  3. Kaedah bayaran sewa
Tempoh kemaskini maklumat bantuan sewa rumah adalah sehingga 21 Nov 2022 (32 hari) Penyambungan semula bantuan sewa rumah hanya dihantar kepada mereka yang telah ditapis dan disahkan perlu pengemaskinian maklumat sewa rumah sahaja. Penyambungan semula bantuan sewa rumah perlu dibuat setahun sekali.
  1. Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343
  2. Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
  3. Penolong Amil Kariah (PAK)
  4. Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
  1. Penolong Amil Kariah (PAK)
  2. Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
Semakan status penyambungan bantuan sewa rumah bermula 01 Januari 2023.
  1. Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343
  2. Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
  3. Sistem eZAKAT ONLINE
  4. Aplikasi Zakat Selangor di Smartphone
  5. Penolong Amil Kariah (PAK)
  6. Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
Tidak perlu pengesahan dokumen Tidak perlu hantar dokumen fizikal Boleh. Permohonan semula bantuan boleh dibuat melalui Penolong Amil Kariah (PAK), Cawangan Zakat.
  1. Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343
  2. Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
  3. Penolong Amil Kariah (PAK)
  4. Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
Sila merujuk kepada Penolong Amil Kariah (PAK) atau di Cawangan Zakat bermula tahun 2023 Tidak boleh, Perlu merujuk Penolong Amil Kariah (PAK) atau cawangan bagi pertukaran ketua keluarga Tidak perlu. Perlu, boleh rujuk Penolong Amil Kariah (PAK) atau cawangan bagi pertukaran ketua keluarga. Tidak boleh, perlu maklumkan kepada LZS untuk pembatalan kemaskini tersebut dan membuat permohonan baru bantuan sewa rumah bermula Januari 2023 Perlu batalkan permohonan semasa dan perlu membuat permohonan semula di cawangan/PAK

Muat Turun Borang Sokongan

BilBorangMuat Turun
1BORANG MAKLUMAT SEWA RUMAH Muat Turun Borang

PERINGATAN

* Pengesahan secara atas talian adalah sah dan diperakui untuk proses penyambungan. Sebarang pindaan selepas menghantar dokumen online, sila rujuk pihak LZS.
* Kegagalan anda melengkapkan proses penyambungan dianggap tidak berminat dengan bantuan sewa rumah tahun 2023.