Pengenalan
Institution Management System (IMs) diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada asnaf fakir miskin dan muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan kemasukan ke institusi di bawah pengurusan LZS secara atas talian. Senarai institusi adalah seperti berikut:-.
- Bait Al-Hasanah (Asrama anak asnaf)
- Bait Al-Mawaddah (Pusat Jagaan Warga Emas)
- Baitus Salam (Pusat Perlindungan Muallaf)
Melalui Institution Management System (IMs), pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana sahaja hanya menggunakan komputer atau telefon pintar. Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada semua asnaf LZS.
Objektif
- Memberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan kemasukan ke insititusi berkenaan.
- Maklumat dan syarat berkaitan permohonan kemasukan akan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.