Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (IPT)
Utama Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (IPT)
Soalan Lazim Sumbangan Pendidikan Asnaf Zakat Selangor
SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web LZS di spzas.zakatselangor.com.my dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Dokumen fizikal permohonan tidak perlu diajukan kepada LZS. Sumbangan ini akan diluluskan kepada permohonan yang menepati syarat bergantung kepada peruntukan sumbangan sedia ada. Permohonan dibuka bermula 3 Oktober 2022 jam 12.01 am dan akan tamat pada 3 Disember 2022 jam 11.59 pm. Bagaimanapun permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu RM6,000,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM1,000,000 bagi SPZAS IPT luar negara. Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan dibuka untuk peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana.
- Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan dibuka untuk peringkat Sijil/Sijil Profesional/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana di semua negara.
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan luar negara.
- Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar)
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
- Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) bagi diri/suami/isteri/ibu dan bapa serta semua tanggungan yang bekerja dan tinggal bersama.
- *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini yang mengandungi pengesahan tajaan daripada IPT.
- *Borang/surat pengesahan pemastautin ketua keluarga/penjaga yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Penyata akaun bank pemohon (pelajar) yang masih aktif (bagi pengesahan nombor akaun bank)
- Pasport/Visa pemohon(pelajar) (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)
- Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan)
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
- Sijil
- Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
- Diploma/Diploma Lanjutan
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
- Ijazah Sarjana (Master)
- Sijil/Sijil Profesional
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
- Ijazah Sarjana (Master)
Mereka adalah sama ada bapa, ibu tunggal, ibu yang menjadi ketua keluarga kerana bapa yang hilang keupayaan bekerja (kerana cacat/sakit), anak yang menanggung nafkah keluarga atau individu yang bertanggungjawab menanggung sebuah keluarga. Golongan pertengahan adalah golongan yang berada di luar daripada garis kecukupan Haddul Kifayah serta isi rumah yang berpendapatan pertengahan dan bawah di dalam masyarakat. Golongan ini juga paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup. Ini kerana sumbangan yang diberikan adalah dengan menyantuni keseluruhan golongan Muqaddam(awal) terlebih dahulu dengan keutamaan agihan zakat kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf melalui penajaan penuh Dermasiswa Pendidikan. Setelah itu, agihan zakat dipanjangkan kepada golongan Muakhar (akhir) seperti asnaf Fisabilillah yang terdiri daripada golongan berpendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40). Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Ya. SPZAS IPT dalam negara dibuka kepada pelajar IPT bagi semua semester dan tahap bagi membantu mengurangkan beban kos pendidikan yang ditanggung sewaktu pengajian. Ya. Sumbangan ini turut dibuka kepada pelajar luar negara di semua negara yang menyambung pengajian di peringkat Sijil, Sijil Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.
Muat Turun Borang Sokongan
Bil | Borang | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Borang Pengesahan Belajar | Muat Turun Borang |
2 | Borang Pengesahan Pemastautin | Muat Turun Borang |
3 | Borang Pengesahan Pendapatan | Muat Turun Borang |
4 | Manual Permohonan SPZAS | Muat Turun Borang |
** Dengan membuat permohonan zakat ini, anda memahami dan telah membaca syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan dan bersetuju untuk Lembaga Zakat Selangor memproses Data Peribadi bagi tujuan permohonan bantuan zakat.