Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor
Utama Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor
Soalan Lazim Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah dan Menengah
SPZAS Sek. Ren & Men merupakan bantuan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu golongan pertengahan (B40 & M40) yang memenuhi syarat kelayakan. Ia bertujuan meringankan beban kos pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2022. Ia merujuk kepada golongan isi rumah B40 dan M40 yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup. Ini kerana sumbangan yang diberikan adalah dengan menyantuni golongan Muqaddam (awal) terlebih dahulu dengan keutamaan agihan zakat kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf. Setelah itu, agihan zakat dipanjangkan kepada golongan Muakhar (akhir) seperti asnaf Fisabilillah yang terdiri daripada golongan berpendapatan pertengahan yang hampir dengan miskin. Pengiraan Haddul Kifayah digunapakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Sila layari portal https://spzasrm.zakatselangor.com.my melalui laman web LZS di www.zakatselangor.com.my serta ikuti langkah-langkah permohonan. Atau mengimbas QR Code yang tertera. Pemohon juga tidak perlu menghantar sebarang dokumen fizikal ke LZS. Sumbangan ini akan diluluskan kepada permohonan yang menepati syarat bergantung kepada peruntukan sumbangan sedia ada. Permohonan dibuka bermula 3 Oktober 2022 jam 12.01 am dan akan tamat pada 3 Disember 2022 jam 11.59 pm. Bagaimanapun permohonan akan DITUTUP sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu RM13,000,000.00 bagi SPZAS Rendah Menengah. Syarat kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja)
- Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja)
- Sekolah Menengah (13-18 tahun) SMK/SAM/MRSM/SBP/STAM/STPM di dalam dan di luar negeri Selangor.
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.00
- Kad pengenalan ketua keluarga
- Kad pengenalan pasangan
- *Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
- *Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)
- Penyata akaun bank ketua keluarga
- Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)
- Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja)
- Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja)
- Sekolah Menengah (13-18 tahun) SMK/SAM/MRSM/SBP/STAM/STPM di dalam dan di luar negeri Selangor.
- Pra sekolah / Tadika- RM200.00 (per tanggungan)
- Sekolah Rendah Kebangsaan - RM200.00 (per tanggungan)
- Sekolah Rendah Agama - RM200.00 (per tanggungan)
- Sekolah Menengah - RM200.00 (per tanggungan)
BORANG A: Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Penduduk/Nazir Masjid/Pengerusi Surau/Ketua Penolong Amil Kariah/Penolong Amil Kariah yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor sahaja.
BORANG B: Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Kaunselor sekolah sahaja.
Kegagalan melengkapkan maklumat pengesah seperti nama, jawatan, cop, nombor telefon, nama sekolah dan tandatangan seperti yang ditetapkan boleh menyebabkan permohonan anda TIDAK BERJAYA. Kad pengenalan merupakan dokumen rasmi warganegara Malaysia, maka semua urusan rasmi permohonan SPZAS Ren&Men hendaklah dilampirkan muka depan dan belakang untuk kelulusan permohonan. Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.
Muat Turun Borang Sokongan
Bil | Borang | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Borang A - Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga | Muat Turun Borang |
2 | Borang B - Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS(MAIS) | Muat Turun Borang |
** Dengan membuat permohonan zakat ini, anda memahami dan telah membaca syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan dan bersetuju untuk Lembaga Zakat Selangor memproses Data Peribadi bagi tujuan permohonan bantuan zakat sahaja.