100 ASNAF FAKIR DAN MISKIN KUALA SELANGOR TERIMA FIDYAH

0
346

KUALA SELANGOR, 4 September 2016 – Seramai 100 orang asnaf fakir dan miskin sekitar Puncak Alam menerima beras fidyah dalam satu majlis anjuran Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dengan kerjasama I Care Puncak Alam bertempat di Surau Haji Ismail di sini, baru-baru ini.

Ia diadakan bersempena dengan program FreeMarket yang turut menarik perhatian penduduk setempat. Turut diadakan solat dhuha dan tazkirah.