140 PELAJAR ASNAF DITAWARKAN BIASISWA KECIL LZS

0
645

SHAH ALAM, 27 Disember  2013 – Seramai 140 orang anak-anak asnaf fakir dan miskin yang terpilih ke Sekolah Agama Menengah (SAM) di seluruh Selangor mendapat tawaran biasiswa kecil Lembaga Zakat Selangor (LZS). Mereka ini terdiri daripada para pelajar yang bakal ke tingkatan satu pada sesi persekolahan 2014.

Satu majlis taklimat bagi memberi penerangan berkaitan tawaran Biasiswa Kecil LZS telah diadakan bertempat di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Melalui biasiswa yang ditawarkan, para pelajar akan menerima yuran berjumlah RM2,000 di samping wang saku berjumlah RM70 sebulan bagi pelajar yang menduduki asrama.