HULU SELANGOR, 27 Januari 2018 – Seramai 502 asnaf fakir, miskin dan mualaf dari 30 buah kariah masjid daerah Hulu Selangor menerima bantuan cermin mata dan alat bantu pendengaran bernilai RM191,950.00 dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini.
Daripada jumlah tersebut seramai 240 orang menerima cermin mata berjumlah RM137,300.00, lapan orang menerima alat pendengaran (RM52,150.00) dan seorang menerima kerusi roda yang bernilai RM2,500.00.Â
Matlamat utama bantuan ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada golongan pelajar dan dewasa yang sangat memerlukan kemudahan ini. Pemohon bantuan ini juga perlu melalui proses tapisan kelayakan yang sama iaitu dengan melihat tahap keperluan pemohon.
Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Operasi Agihan Asnaf Zakat Selangor, Huzairi Ibrahim.