HULU SELANGOR, 22 Mac 2016 – Seramai 77 orang asnaf fakir dan miskin dari kawasan Bukit Beruntung dan sekitarnya menerima sumbangan cermin mata dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
Mereka yang menerima sumbangan ini terdiri daripada asnaf pelbagai peringkat usia sama ada warga emas, golongan dewasa serta kanak-kanak. Ia beri berdasarkan kepada keperluan asnaf lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah penglihatan hingga menjejaskan aktiviti seharian.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh wakil pengeluar zakat, Dato’ Roslee Jamaludin dan Datin Norsham Md Jani.