AMIL LZS IKUTI KELAS TAFAQQUH ZAKAT

0
181

SHAH ALAM, 13 September 2012 – Seramai 70 orang amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghadiri program Tafaqquh Zakat yang disampaikan oleh tokoh ilmuan terkenal, iaitu Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Program ini adalah kali kedua seumpamanya yang dianjurkan oleh LZS pada tahun ini, dengan matlamat memantapkan lagi pengetahuan dan kefahaman berkaitan zakat dalam kalangan pendakwah zakat LZS.

Antara topik yang dibincangkan termasuklah syarat-syarat wajib zakat, zakat harta kanak-kanak dan orang gila, asas wajib zakat harta, zakat emas dan perak, zakat binatang ternakan dan zakat tanam-tanaman. Para peserta turut berinteraksi dengan mengajukan pelbagai persoalan berkaitan zakat kepada penceramah.