ANAK-ANAK ASNAF FAKIR MISKIN CEMERLANG PENDIDIKAN

0
238

Shah Alam,31 Mac–Berdasarkan keputusan peperiksaan utama iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun lalu, didapati  anak-anak asnaf fakir dan miskin di Selangor berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Bagi peperiksaan STPM seramai enam orang mendapat 3A ke atas.  Manakala bagi peperiksaan STAM pula 6 orang mendapat Jayyid ke atas.

Manakala bagi peperiksaan SPM seramai 159 orang mendapat 4A ke atas.  Daripada jumlah ini kebanyakkannya mendapat 6A dan 7A dan seorang masing-masing mendapat 11A dan 12A.
Bagi PMR pula 210 orang mendapat 4A ke atas dan 15 orang mendapat 9A.

UPSR juga mencatatkan kecemerlangan di mana 180 mendapat 4A dan 5A. Di mana 80 orang daripadanya  mendapat  5A. Manakala PSRA pula seramai 250 orang mendapat Jayyid ke atas di mana 45 orang mendapat Mumtaz.
Kejayaan anak-anak asnaf  ini membuktikan zakat mampu mengubah nasib mereka.  Semoga mereka akan berusaha untuk kekal dengan kejayaan bagi mengubah nasib keluarga pula.