SHAH ALAM, 9 Januari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan Bantuan Umum Pelajaran (BUP) khusus untuk para pelajar di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi, bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga di Selangor.
Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam, lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang dari tiga tahun. Ia tertakluk kepada garis panduan dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2014.
Orang ramai boleh mendapatkan borang permohonan BUP di 24 cawangan LZS atau muat turun di laman web LZS iaitu www.zakatselangor.com.my. Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Talian Zakat Selangor 1-800-88-5353.