BANTUAN PENDIDIKAN 2017 DIUTAMAKAN UNTUK ASNAF FAKIR DAN MISKIN SAHAJA

0
663

SHAH ALAM, 11 Januari 2017 – Bantuan Umum Pelajaran (BUP) yang merangkumi bantuan persekolahan dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditawarkan sebelum ini kepada mereka yang bukan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin iaitu di bawah asnaf fisabilillah, tidak lagi dibuka bagi tahun 2017 ini.

Sebaliknya, Lembaga Zakat Selangor menumpukan pengagihan bantuan pendidikan ini khusus kepada asnaf fakir dan miskin yang berdaftar di Selangor. Ia merangkumi bantuan pendidikan bermula dari peringkat pra persekolahan sehinggalah IPT.

BUP

Untuk makluman, pada tahun ini Zakat Selangor menyalurkan bantuan zakat membabitkan yuran dan persiapan persekolahan berjumlah RM10.9 juta kepada 94,391 anak asnaf fakir miskin di Selangor.

Selain itu, seramai 4,200 mahasiswa asnaf fakir dan miskin di IPT dibiayai meliputi bantuan wang saku, yuran, penginapan, persediaan masuk dan buku rujukan.