BENGKEL ZAKAT NIAGA KONGSI CARA TUNAI ZAKAT

0
257

SHAH ALAM,- Bagi berkongsi tentang mudahnya mentaksir zakat perniagaan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan Bengkel Zakat Niaga yang dikelolakan oleh Sektor Perniagaan, Pejabat Kutipan, LZS.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai zakat serta aspek pengurusan khususnya taksiran zakat perniagaan, selain menggalakkan penyertaan ushawan dan entiti perniagaan muslim serta golongan korporat dalam memperkasakan pelaksanaan taksiran sendiri zakat perniagaan.

Seramai 50 peserta menghadiri bengkel yang berlangsung selama lima jam itu. Berdasarkan respons peserta yang diberikan melalui boring penilaian, mereka amat menghargai program ini yang dapat menerangkan secara terperinci proses taksiran zakat perniagaan menerusi langkah-langkah pengiraan yang mudah difahami. Selain itu terdapat peserta yang mencadangkan supaya dipanjangkan masa bagi sesi bengkel yang akan datang.

LZS berharap, dengan aktiviti sebegini dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat berkaitan kaedah taksiran zakat perniagaan dan sekaligus dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara warga LZS dengan wakil-wakil syarikat samada pembayar zakat mahupun prospek pembayar zakat pada masa hadapan.