SEKINCHAN, 30 Oktober 2013 – Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran berkaitan pengiraan zakat perniagaan, seramai 50 orang usahawan dari sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor hadir di Bengkel Zakat Perniagaan anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.
Antara pengisian bengkel separuh hari ini termasuklah tazkirah zakat oleh Eksekutif Dakwah, Ustaz Mohd Faryzan Subkhi dan penerangan tentang zakat perniagaan serta sesi simulasi zakat yang disampaikan oleh Ketua Sektor Perniagaan, Mohd Sabirin Sarbini.
Semoga bengkel ini dapat membantu para usahawan menaksir sendiri zakat perniagaan, di samping memudahkan mereka melaksanakan ibadah zakat.