Subang Jaya,16 Mac -Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Badan Amal Kebajikan Islam Maxis (BAKIM) mengadakan Program “Bual Bicara Barakah” di sini pada 16 mac lalu.
Program ini bertujuan memberi taklimat dan pendedahan mengenai kewajipan dan kepentingan menunaikan zakat kepada kakitangan syarikat telekomunikasi Maxis.
Program diserikan dengan ceramah zakat yang disampaikan oleh Ustaz Halim Din dari LZS.
Kakitangan Maxis turut diberi taklimat mengenai kaedah taksiran zakat dan kaedah mudah menunaikan zakat iaitu melalui Skim Potongan Gaji (SPG).
Melalui program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan siraturahim di antara Institusi zakat dengan syarikat swasta, disamping dapat membincangkan usahasama yang dapat dijalankan antara ke dua-dua belah pihak.