SHAH ALAM, 19 November 2013 – Seramai kira-kira 15 orang mahasiswa dari Institut Studi Islam Darussalam (ISID), GONTOR, Ponorogo, Jawa Timur melakukan lawatan singkat ke Lembaga Zakat Selangor (LZS). Lawatan diketuai Pensyarah Pengajian Islam, Imam Kamaluddin dan turut ditemani Dr. Ridwan Abdullah, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Taklimat telah disampaikan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat, LZS Hamizul Abdul Hamid, meliputi sejarah penubuhan dan gerak kerja LZS sehingga ke hari ini.
Sesi dialog menyaksikan, kebanyakan mahasiswa ISID begitu bersemangat mencungkil rahsia kemajuan LZS, khsusnya dalam menguruskan kutipan dan agihan yang tinggi di Selangor.
Para mahasiswa ISID berkenaan berada di USIM dalam rangka pertukaran pelajar dan mereka menjalankan kajian mengenai ekonomi Islam dan salah satunya, mengenai perjalanan pengurusan zakat