MASYARAKAT DISERU SEMAK POTONGAN ZAKAT BULANAN

0
703

SHAH ALAM, 8 April 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru masyarakat Islam terutamanya individu yang mengeluarkan zakat menerusi skim potongan gaji di Selangor untuk mentaksir semula zakat mereka agar bertepatan dengan pendapatan semasa melalui Kempen Tambah Caruman Zakat.

 

A3 - PORTRAIT DESIGN_ol

Kempen yang diadakan bermula pada 15 Mac lalu akan dilaksanakan selama tiga bulan bertujuan menggalakkan 175,020 pengeluar zakat sedia ada di LZS menyemak semula potongan zakat mereka.

Pengeluar zakat yang ingin menambah caruman potongan zakat boleh berbuat demikian dengan mengisi borang kebenaran secara talian di portal LZS www.zakatselangor.com.my/espg-online atau mendapatkan borang potongan gaji di 26 cawangan LZS di seluruh Selangor.

Selain itu, pencarum yang telah menambah caruman zakat turut berpeluang menyertai peraduan cipta slogan sempena dengan Kempen Tambah Caruman Zakat Anda di portal LZS.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kempen, boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1 800 88 5353 atau Eksekutif Majikan, Mohammad Shakor Sulaiman (019 271 7719), Mohd Hatta Zainal Abidin (019 388 0573) dan Norhazirah Ahmad (012 629 6791).