LZS DAN BANK OCBC AL-AMIN ZIARAH FAKIR MISKIN

0
256

Lembaga Zakat Selangor (LZS), telah menganjurkan program Ziarah Asnaf Fakir Miskin di Daerah Hulu Selangor. Ziarah tersebut bertemakan ‘Sulaman Kasih, Bertaut Budi’, bertempat di Kampung Alah Batu dan Kampung Seri Kledang dan turut disertai wakil daripada pihak Bank OCB Al-Amin.

Program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menjiwai secara lebih dekat perasaan para penerima bantuan zakat, di samping melihat ruang dan peluang terhadap usaha penambahbaikan keberkesanan agihan zakat yang dilaksanakan. Secara tidak langsung ia dapat merapatkan hubungan di antara LZS, Ketua Kampung dan Pengurusan Masjid dalam usaha membantu menangani isu kemiskinan.

Sebanyak 20 buah rumah penerima bantuan zakat telah dilawati dan kebanyakannya adalah warga emas yang tidak berupaya untuk bekerja. LZS dan pihak Bank OCBC Al-Amin turut menyalurkan bantuan berupa keperluan dapur dan bantuan kewangan kepada setiap keluarga yang dilawati. Rata-rata penerima bantuan amat gembira dan terharu dengan bantuan yang disalurkan.

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Kempen Zakat di Hati yang diadakan oleh LZS sepanjang bulan November 2012.