LZS DAN MAYBANK ANJUR CSR DI BAITUL HASANAH

0
441

KLANG – Lembaga Zakat Selangor (LZS) bekerjasama dengan Maybank Berhad (Maybank) menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di asrama anak-anak asnaf Baitul Hasanah, Kg. Perepat, Klang baru-baru ini.

Program berkenaan merupakan suatu lanjutan program CSR yang dilakukan LZS bersama-sama ejensi kerajaan dan pihak swasta. Sebelum ini, LZS telah bekerjasama dengan pihak Hospital Sg. Buloh dengan mengadakan program CSR di kediaman warga emas yang merupakan bekas pengidap kusta di sana.

Pada kali ini, seramai 150 orang penghuni Baitul Hasanah telah diraikan dalam beberapa program, di antaranya acara menaiki motorsikal berkuasa tinggi. Para penghuni Baitul Hasanah turut menerima sumbangan daripada pihak Maybank.

Baitul Hasanah Klang merupakan asrama bagi anak-anak asnaf fakir dan miskin di Selangor dan mula beroperasi sejak November 2007. Selain Baitul Hasanah Klang, LZS turut memiliki dua buah Baitul Hasanah lain, iaitu di Hulu Selangor dan di Kuala Selangor.