LZS DEKATI PELAJAR POLYTECH-MARA

0
199

BANGI – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan usaha untuk mendidik pelajar-pelajar agar lebih dekat dengan ibadah zakat menerusi program SMART A to Z (Semua Mesti Ada Rasa Tanggungjawab, Kepada Allah melalui Zakat) di Poly-Tech MARA, Bangi pada 26 April yang lalu.

Hampir 200 orang pelajar dan kakitangan turut serta dalam program ini. Aktiviti dimulakan dengan Bicara Zakat bersama Imam Muda Hizbur Rahman dan Ustaz Hashim Fikri Al-jawi, Eksekutif Dakwah LZS.

Antara lain mereka mengupas berkaitan tanggungjawab insan sebagai hamba Allah SWT, tanggungjawab dalam menunaikan segala suruhan-Nya termasuklah menunaikan ibadah zakat. Selain itu, penekanan terhadap kemudahan menunaikan zakat melalui potongan gaji turut diperkatakan.

Para peserta yang ditemui rata-rata berkata, program seumpama ini perlu lebih kerap diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar tentang kewajipan zakat dari awal, kerana mereka adalah pembayar zakat pada masa hadapan.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah, kuiz zakat dan kaunter bergerak. LZS turut menyumbangkan peralatan ibadah untuk keperluan surau di sini. Program ini akan diteruskan di pusat pengajian tinggi yang lain pula selepas ini.