LZS JEJAKI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

0
171

PETALING JAYA, 13 Mei 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) turun padang menjejaki golongan yang memerlukan melalui program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) bertempat di Flat Taman Medan Baru di sini.

Operasi yang bersifat cari, siasat dan bantu ini bertujuan mengenal pasti individu atau keluarga yang layak menerima bantuan zakat, namun tidak berdaftar dengan LZS.

Program SJK kali ini melibatkan 40 buah keluarga, di mana siasatan secara terus dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti golongan asnaf melalui haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan) mereka.

Seterusnya, keluarga yang layak didaftarkan sebagai asnaf, akan menerima bantuan zakat seperti bantuan Ramadan dan Hari Raya serta bantuan persekolahan. Manakala bantuan lain akan disalurkan bergantung kepada keperluan keluarga tersebut.

Pada tahun 2014, LZS berjaya mengesan seramai 830 keluar asnaf fakir dan miskin hasil daripada SJK yang diadakan.

 

IMG-20150513-WA0014