LZS KUNJUNGI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

0
788

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan lawatan kerja ke pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Pusat Panggilan, Norajun Ainun Hashim bersama 13 orang kakitangan LZS dari pelbagai bahagian disambut oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dan ketua-ketua unit Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM.

20151006_153248

Lawatan kerja ini bertujuan bagi berkongsi pengalaman dari PDRM tentang kaedah pengurusan media sosial dalam meningkatkan jumlah pengikut, pengendalian krisis, kaedah pengendalian maklum balas, bidang kuasa agensi keselamatan dan ancaman penggodam serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM melalui media sosial.

Dalam masa yang sama, LZS turut berkongsi pengalaman dan peranan dalam kutipan dan pengagihan zakat khususnya di Selangor. LZS juga turut diberi ruang untuk mengunjungi Pusat Operasi Media (POM) dan diberi taklimat ringkas tentang bidang tugas operasi pemantauan media sosial.

Lawatan ini dilihat sebagai usaha untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala antara agensi kerajaan terutamanya dalam bidang keselamatan dan kepercayaan kepada orang ramai.