LZS PERJELAS ISU ‘ANAK SAKIT TAMBAH DERITA IBU’

0
306

Shah Alam, 19 September 2012 – Penderitaan Zubaidah Adam, 45 yang menanggung enam orang anak, termasuk dua orang yang memerlukan rawatan sebenarnya telahpun lama mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut rekod LZS, keluarga Zubaidah sebenarnya telah tersenarai sebagai asnaf dan pelbagai jenis bantuan telahpun disalurkan. Di antara bantuan tersebut ialah, bantuan kewangan bulanan, bantuan pendidikan dan bantuan hari raya. Bantuan bulanan RM500 yang dinyatakan sebenarnya merupakan bantuan kewangan bulanan yang disalurkan oleh LZS, bukannya Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) seperti yang dilaporkan.

Justeru itu, LZS juga bersedia untuk mempertimbangkan bantuan bagi rawatan penyakit anak-anak Zubaidah, dengan syarat beliau hendaklah mengemukakan permohonan kepada LZS.

LZS berharap, dengan bantuan ini, Zubaidah dan anak-anaknya dapat membina kehidupan dengan lebih baik dan sejahtera.