SABAK BERNAM, 6 Jun 2012 – Seramai 60 orang penolong amil zakat padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam diraikan sebagai tanda penghargaan atas komitmen membantu LZS dalam kutipan zakat padi di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor semasa program Mesra Petani baru-baru ini.
Dalam program tersebut, Sulaiman Talib dan Ali Jaafar Sarbini masing-masing menerima Anugerah Penolong Amil Padi Tahun 2009-2011 kategori kutipan tertinggi bagi daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Manakala Anugerah Penolong Amil Padi Tahun 2009-2011 kategori komitmen terbaik diberikan kepada Ahmad Tasno bagi daerah Sabak Bernam dan Yaakup Ali bagi daerah Kuala Selangor.
Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.