LZS SUMBANG RM2.0 JUTA IMARAHKAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG RAMADAN

0
1150

SHAH ALAM, 8 April 2022 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan RM2.0 juta kepada 492 masjid dan surau bersempena Program Ihya’ Ramadan Masjid dan Surau Negeri Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, daripada jumlah itu sebanyak 262 masjid masing-masing akan menerima sumbangan maksimum sehingga RM5,000, manakala 230 surau lagi menerima sumbangan maksimum sehingga RM3,000 bagi menggerakkan aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan ini.

“Masjid dan surau merupakan antara institusi yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih dua tahun penularan wabak COVID-19, Oleh itu, manfaat daripada wang zakat diharap dapat membantu masjid dan surau menghidupkan lagi program keagamaan dalam komuniti setempat sepanjang bulan ini,” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis simbolik penyerahan sumbangan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.