LZS TERIMA KUNJUNGAN PKZ PAHANG

0
210

SHAH ALAM, 12 Februari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima kunjungan dari Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang yang mengadakan lawatan korporat ke LZS bertempat di Bangunan Zakat Selangor di sini.

Delegasi terdiri daripada 10 orang, diketuai Ketua Bahagian Pemasaran PKZ Pahang, Zafridan Mohd Daud. Antara matlamat kunjungan adalah untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dengan LZS dalam pengurusan zakat di Selangor terutamanya dari aspek kutipan zakat perniagaan.

LZS diwakili oleh Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non beserta empat orang wakil dari Sektor Perniagaaan LZS hadir bagi memberi penerangan berkaitan urus tadbir zakat serta pendekatan yang digunakan LZS dalam zakat perniagaan.

Melalui kunjungan ini diharap akan membuka ruang ke arah kerjasama yang lebih erat seterusnyamembangunkan institusi pengurusan zakat di Malaysia.