LZS TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM7.6 JUTA

0
285

KLANG, 9 Disember 2019 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada tiga syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM7,589,523.00 yang diserahkan dalam satu upacara di Istana Alam Shah, Klang di sini hari ini.

Gas Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Hashimi Abdul Manap menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2019 berjumlah RM3,500,000.00, diikuti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diwakili oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Dato’ Pahrolrazi Mohd Zawawi dengan jumlah zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017 sebanyak RM3,089,523,00.

Manakala bagi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) diwakili Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan, Abdul Hamid Bahari menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2018 berjumlah RM1,000,000.00.

Upacara penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.