LZS TERUS JEJAKI ASNAF

0
287

KLANG, 5 September 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengadakan program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) bagi daerah Klang bertempat di Flat Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.

Operasi turun padang ini bertujuan untuk menjejaki individu atau keluarga yang layak disantuni dengan bantuan zakat, namun tidak berdaftar dengan LZS. Ia turut mendapat kerjasama daripada jawatankuasa Surau Insyirah, wakil penduduk flat dan penolong amil kariah beserta 20 tenaga kerja LZS.

Sebanyak 186 borang permohonan telah diedarkan dengan kerjasama penolong amil dan wakil penduduk flat. Daripada jumlah tersebut, 88 keluarga telah dijejaki dan dibanci, di mana siasatan secara terus dari rumah ke rumah dijalankan bagi menentukan haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan).

11947460_10153541381106221_8776096863705557277_n

Hasilnya, seramai 68 keluarga telah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin daerah Klang dan akan disantuni dengan bantuan zakat bergantung kepada keperluan sesebuah keluarga.

11990691_10153541335206221_2168933268279197629_n