MAKLUM BALAS BERKENAAN BERITA ‘CUKUPLAH ANAK DAPAT HIDUP SELESA’

0
323
Petikan Akbar tentang asnaf ini.

Shah Alam, 19 Julai 2015 – Berikut adalah maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap berita yang tersiar di akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Ogos 2015 bertajuk ‘Cukuplah Anak Dapat Hidup Selesa’.

Menurut berita berkenaan seorang ibu tunggal Syamsurni Sunan, 46 tahun mendakwa terpaksa hidup susah membesarkan dua orang anaknya yang masih bersekolah tanpa mendapat bantuan dari mana-mana agensi.

Petikan Akbar tentang asnaf ini.
Petikan Akbar tentang asnaf ini.

Dalam laporan turut menyebut, Syamsurni mengharapkan rumah lebih selesa dan bantuan bulanan untuk meneruskan kelangsungan hidup memandangkan dia hanya bekerja secara sambilan mengemas rumah orang dan mengumpul barang terpakai.

Hasil siasatan LZS mendapati keluarga Syamsurni merupakan asnaf yang berdaftar dengan  LZS di daerah Gombak. Keluarga ini telah disantuni oleh LZS sejak 2011 atas nama suami. Bagaimanapun pada tahun 2012, bantuan zakat tersebut telah ditukar kepadanya atas faktor masalah keluarga.

Antara bantuan zakat yang telah diterima termasuklah bantuan kewangan bulanan sebanyak RM250, bantuan makanan bulanan, bantuan pendidikan untuk dua orang anaknya dan juga bantuan Hari Raya.

Berhubung dengan dakwaan permohonan baik pulih untuk rumah sewanya yang tidak mendapat jawapan dari LZS, dimaklumkan bahawa LZS tidak menyediakan bantuan baik pulih untuk rumah sewa. Bagaimanapun LZS telah mengesyorkan keluarga itu untuk berpindah ke rumah yang lebih selamat dan selesa di mana sewa bulanan dibiayai oleh LZS,  namun ia telah ditolak oleh beliau.

Sehubungan dengan itu, LZS menafikan dan memandang serius berhubung dakwaan beliau yang menjejaskan imej LZS dan secara tidak langsung menyebabkan masyarakat hilang keyakinan kepada institusi zakat secara keseluruhannya.