Maklum Balas LZS Berkenaan Tular Surat

0
684

SHAH ALAM, 2 November 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan surat yang tertera nama seorang individu berbangsa Cina menggunakan sampul LZS yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Untuk makluman, individu tersebut merupakan seorang asnaf mualaf yang menerima bantuan zakat. Beliau masih menggunakan nama asal selepas pengislamannya. Syarat pengislaman di Selangor tidak menghalang mana-mana individu mualaf  untuk mengekalkan nama asal mereka.

Sehubungan itu, LZS menyeru semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat yang sedang ditularkan. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan,  hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.