OPS PASAR TANI DAN ZAKAT STREET: TARIK PENGUNJUNG

0
230

SHAH ALAM, 28 Julai 2013 – Ops Pasar Tani dan Zakat Street anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diadakan bertempat di Pasar Tani Seksyen 13 dekat sini, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung pasarberkenaan baru-baru ini.

Program yang melibatkan seramai 20 orang delegasi dari LZS bertujuan untuk menyebarkan dakwah zakat kepada masyarakat khususnya para peniaga di pasar tani dan pengunjung yang hadir.

Pengisian program pada kali ini melibatkan akvitivi seperti kuiz zakat, edaran risalah dan pemberian majalah percuma kepada pengunjung pasar tani sumbangan Kumpulan Media Karangkraf. Perkhidmatan Kaunter Bergerak LZS juga disediakan bagi kemudahan pengunjung yang ingin menunaikan zakat harta mahupun zakat fitrah.

Program turut menampilkan Fedtri Yahya sebagai pengacara program dan Jawi Acoustic Band yang mendendangkan beberapa buah nasyid. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof dan Pengurus Besar Pejabat Kutipan, Roszy Non.