PEMENANG BULANAN KEMPEN EZAKAT ONLINE DIRAIKAN

0
235

SHAH ALAM, 12 Ogos 2015 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) meraikan pemenang bulanan pertama bagi Kempen eZakat Online dalam Majlis Mesra Aidilfitri LZS yang diadakan di Wisma PKPS di sini hari ini.

Nor Farah Hidayah Ramlah dari Kajang berjaya memenangi baucer bernilai RM500 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kutipan LZS, Roszy Non.

LZS_5014

Kempen eZakat Online telah berlangsung bermula 18 Jun 2015 hingga 18 Nov 2015. Ia bertujuan mengajak pengeluar zakat mendaftar di eZakat Online bagi membolehkan mereka menyemak maklumat bayaran zakat sepanjang tahun, mengemas kini maklumat individu, mencetak penyata zakat dan menunaikan zakat melalui e-zakatpay.

Melalui kempen ini, mereka yang mendaftar di eZakat Online dan menunaikan zakat harta atau fitrah secara talian sepanjang tempoh kempen berlangsung, berpeluang memenangi hadiah bulanan bernilai RM500 secara e-cabutan. Pemenang akan dipilih melalui tiga kali e-cabutan bulanan sebelum kemuncak kempen eZakat Online.