PEMENANG PERADUAN ‘KICK-OFF’ ZAKAT ONLINE TERIMA

0
174

PETALING JAYA, 23 Ogos 2014 – Suzaliss Abdul Talib diumumkan sebagai pemenang tempat pertama Peraduan ‘Kick-Off’ Zakat Online anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad dalam satu majlis penyampaian hadiah bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat sini hari ini.

Turut menerima hadiah adalah 13 orang pemenang lain. Peraduan ‘Kick-Off’ Zakat Online ini dianjur bagi mempromosikan kaedah pembayaran zakat melalui perbankan internet kepada masyarakat. Ia terbuka kepada pembayar zakat yang menunaikan zakat sama ada zakat fitrah mahupun zakat harta atas talian menerusi Maybank2u, sepanjang bulan Ramadan bermula 29 Jun hingga 27 Julai 2014. Ia melibatkan sebanyak 7,497 transaksi sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Tempat pertama memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak  RM1,000, manakala tempat kedua sebanyak RM500 dan tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM200. Para pemenang dipilih melalui cabutan bertuah dan hadiah merupakan sumbangan daripada Maybank Islamic Berhad.

Dalam masa yang sama juga, seramai 150 orang peserta menghadiri program Sembang Santai ‘Cemerlang Dunia & Akhirat’ anjuran LZS dengan kerjasama Kelab Usahawan Selangor (KuSel) dan Lembaga Kemajuan Islam.

Program ini bertujuan untuk mendekati golongan wanita secara amnya dan menyebarkan dakwah zakat secara khusus kepada mereka terutamanya yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Ia turut mengundang tokoh sasterawan, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan penceramah terkenal, Ustaz Badli Shah Alauddin.

Hadir sama Pengurus Besar Kutipan, Roszy Non.