PENGAGIHAN ZAKAT DIKONGSI BERSAMA PEMBAYAR KORPORAT

0
207

SHAH ALAM, 3 November-Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan program Bicara Korporat bagi berkongsi dengan pembayar zakat korporat tentang halatuju dan perlaksanaan pengagihan zakat yang di Selangor.

Program seumpama forum ini , memberi ruang komunikasi dua hala di antara pengurusan LZS dan pembayar zakat yang melibatkan lebih 70 orang peserta dari pelbagai syarikat korporat.Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Hj Abdul Aziz Abu Bakar selaku moderator bijak dalam mengajukan soalan berkaitan pengagihan zakat kepada dua orang panelis iaitu Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Pelbagai persoalan dirungkai oleh panelis antaranya terhadap pemahaman maksud asnaf, ke mana wang zakat diagihkan, objektif pengagihan zakat,  perbezaaan di antara zakat dan sedekah, kepentingan di antara cukai dan zakat dan sebagainya.Peserta juga berpeluang mengajukan pelbagai persoalan bagi memahami secara terperinci tentang pengagihan zakat di Selangor ini.  Melalui program seumpama ini, LZS berharap maklumat tentang pengagihan zakat dapat difahami seterusnya disebarluaskan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap LZS yang bertanggungjawab sebagai pemegang amanah menguruskan wang zakat.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pembayar korporat.