SHAH ALAM, 19 September 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) berjumlah RM48,554.55 yang diadakan dalam satu majlis bertempat di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).
PPNS diwakili oleh Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah PPK Selangor, Dr. Abdul Razak Kasbollah menyerahkan bayaran zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2017 kepada wakil LZS.
LZS mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhir kepada PPNS kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.