PROGRAM ZAKAT DIDIK TARIK GOLONGAN REMAJA

0
442

CHERAS – Seramai 80 orang pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Tun Hussein Onn menyertai Program Zakat Didik anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diadakan baru-baru ini.

Program ini bertujuan mendekati golongan remaja khusus di peringkat sekolah dengan memberi kesedaran awal berkaitan kefahaman zakat di kalangan mereka. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan antara LZS dengan golongan remaja.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz zakat dan sesi penerangan berkaitan kutipan serta agihan zakat di LZS.