SEMAK REKOD BANTUAN ZAKAT: INOVASI MUDAHKAN PEMOHON LZS

0
6710

SHAH ALAM, 1 November 2019 – Pemohon bantuan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini boleh menyemak rekod bantuan mereka bermula 2019 secara atas talian melalui kemudahan platform eZakat Online yang disediakan.

Melalui platform eZakat Online ini, pemohon hanya perlu hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di https://ezo.zakatselangor.com.my/ dan seterusnya dapat mengakses rekod bantuan zakat yang diterima.

Inovasi ini dilihat sebagai alternatif lain kepada pemohon LZS untuk menyemak status permohonan bantuan mereka. Selain menjimatkan kos dan masa, ia juga mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Selain itu, semakan bantuan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 atau datang terus ke cawangan LZS berhampiran.