TALIAN PERCUMA 1 800 88 5353: MUDAHKAN FAKIR MISKIN

0
1299

SHAH ALAM–Bagi meningkatkan lagi kemudahan kepada pelanggan terutamanya fakir miskin, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan talian bebas tol bernombor 1 800 88 5353 yang mula berfungsi pada awal bulan Julai lalu.

Melalui talian ini, pelanggan LZS terutamanya asnaf fakir miskin boleh membuat panggilan kepada LZS secara percuma. Melalui talian ini, mereka boleh membuat sebarang pertanyaan sama ada berkaitan semakan permohonan, persoalan berkaitan bantuan dan membuat aduan berkaitan perkhidmatan LZS.

Talian yang beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang ini juga boleh digunakan oleh masyarakat bagi tujuan mengajukan persoalan berkaitan pembayaran zakat, jenis-jenis zakat, kiraan zakat dan sebagainya.

Dengan motto “Kami Prihatin” LZS berharap, talian ini dapat memberi menafaat kepada semua pelanggannya.

Untuk talian kepada kakitangan LZS pula, orang ramai bolehlah menghubungi 03-5522 7700.