UJIAN SYAWAL

0
182
Rumah Hangus Terbakar, Suami Tidak Dapat Diselamatkan
SABAK BERNAM, 22 Jun 2018 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) turun padang menziarahi dan menyerahkan sumbangan kecemasan berjumlah RM500 kepada mangsa kebakaran Kampung Sungai Tengar di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian tersebut, kediaman Tuminah Kadir, 76 telah musnah dijilat api dan lebih menyayat hati apabila musibah ini meragut nyawa suaminya, Ahmad Arshad.
Bagaimanapun,  Tuminah dan seorang anaknya berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di tempat kejadian. Punca kejadian masih dalam siasatan. 
Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga ini, LZS mendaftarkan keluarga tersebut sebagai asnaf miskin dan akan membantu membina rumah baru untuk mereka. Bantuan lain akan disalurkan bergantung kepada keperluan dan syarat kelayakan keluarga tersebut.
Semoga keluarga ini tabah dengan ujian yang menimpa dan diharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mereka.