KLANG, 6 APRIL 2013 – Pepatah mengatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sejajar dengan pepatah tersebut, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil pendekatan ini terhadap pelajar-pelajar bagi menyampaikan dakwah zakat di kalangan mereka di sini.
LZS mengadakan slot yang dikenali sebagai Zakat Didik di Sekolah Rendah Agama Pekan Meru dan berjaya menarik seramai 150 orang pelajar. Slot ini dikendalikan oleh wakil dari LZS, Mohd Hatta bin Zainal Abidin dan Noormala binti Mohd Sa’ad.
Slot Zakat Didik ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi kewajipan zakat dan memberi kesedaran awal tentang ibadah ini kepada pelajar-pelajar sekolah di sini.
Selain itu juga, kuiz tentang zakat turut diadakan. Kaunter bergerak juga turut dibuka bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat tentang zakat daripada bahan edaran mahupun pertanyaan di kaunter. Slot Zakat Didik ini dilihat berjaya memeriahkan aktiviti karnival sekolah yang diadakan pada hari tersebut.