Shah Alam, 11 Januari 2011 – Melalui wang zakat yang ditunaikan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan sebanyak RM4,056,353 juta untuk membiayai pembelian buku teks bagi keperluan Pelajar Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Dengan adanya bantuan zakat ini pelajar sekolah SRA dan SRAI akan mendapat pinjaman buku teks dan tidak perlu lagi membeli buku tersebut bermula tahun ini.
Kemudahan ini melibatkan seramai 129,042 pelajar iaitu 7,757 pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan 121,285 pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) seluruh Negeri Selangor.
Pemberian buku teks percuma ini turut dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga pelajar dalam membiayai kos persekolahan anak-anak sekali gus memberi manfaat kepada para pelajar.