KUALA LUMPUR, 6 Jun 2016 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima penghargaan khas bagi Anugerah Kecemerlangan QLASSIC 2016 kategori agensi kerajaan, bersempena dengan Hari QLASSIC anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) baru-baru ini.
Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada Zakat Selangor yang berjaya memperoleh markah melebihi 80 peratus dalam penilaian QLASSIC melalui projek-projek pembinaan dan pengubahsuaian penempatan asnaf.
Ia  telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Fadilah Yusof kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Hussin Mohd Ali.Â
Semoga dengan penghargaan yang diberikan ini menjadi suntikan motivasi buat Zakat Selangor untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatannya terutama kepada golongan asnaf zakat di Selangor.