MAKLUM BALAS LZS: KELUARGA MUALAF DIHALAU KINI SELAMAT DI RUMAH BARU

0
729

KAJANG, 16 Januari 2019 – Kisah sebuah keluarga mualaf yang dihalau keluar dari rumah dan kemudian tumpang berteduh di pondok rehat Plaza Tol Kajang baru-baru ini mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Kisah keluarga ini telah tular di media sosial dan usaha menjejaki mereka giat dilakukan dengan kerjasama penolong amil kariah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  Keluarga mualaf tersebut akhirnya ditemui menumpang di sebuah rumah keluarga India di Bandar Rinching, Semenyih.

Prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh keluarga ini, LZS telah memindahkan mereka ke rumah transit LZS yang lebih selesa. Keluarga ini akan terus dipantau LZS dari semasa ke semasa bagi mendidik dan menjaga aqidah mereka dalam mendalami Islam.